EN | BM
banner

Construction Digital Maturity Index Indeks Kematangan Digital Pembinaan

Empowering Malaysian construction contractors through structured digital maturity assessment.

Memperkasa kontraktor Malaysia melalui penilaian kematangan digital yang berstruktur.

The Construction Digital Maturity Index (CDMI) is a national initiative by CIDB Malaysia to accelerate digital transformation within the construction industry. This platform enables contractors to assess their digital readiness, identify areas for improvement, and benchmark their maturity against industry peers — all tailored to their CIDB contractor grade. Indeks Kematangan Digital Pembinaan (CDMI) merupakan inisiatif kebangsaan oleh CIDB Malaysia untuk mempercepat transformasi digital dalam industri pembinaan. Platform ini membolehkan kontraktor menilai tahap kesediaan digital mereka, mengenal pasti aspek yang boleh dipertingkatkan, serta membandingkan tahap kematangan digital mereka dengan rakan industri lain — semuanya disesuaikan mengikut gred kontraktor CIDB masing-masing.
The CDMI assessment questions are also structured according to contractor grades, namely small contractors (G1, G2 & G3), medium contractors (G4 & G5), and large contractors (G6 & G7) to ensure that the level of questions aligns with the capabilities and operational scale of each group. Soalan penilaian CDMI turut dibangunkan mengikut kategori gred kontraktor, iaitu kontraktor kecil (G1, G2 & G3), sederhana (G4 & G5) dan besar (G6 & G7) bagi memastikan kesesuaian aras soalan dengan keupayaan serta tahap operasi setiap kumpulan.

Why use CDMI?

Mengapa menggunakan CDMI?

Structured Assessment Penilaian Berstruktur

Assess your organisation’s digital maturity using a standardised framework developed specifically for the construction sector. Menilai tahap kematangan digital organisasi anda menggunakan kerangka kerja standard yang dibangunkan khusus untuk sektor pembinaan.

Tailored Contractor Grades Penyesuaian Mengikut Gred Kontraktor

Scoring is dynamically adjusted to suit different CIDB contractor grades (G1 to G7), ensuring fairness and relevance. Skor dinamik disesuaikan mengikut gred kontraktor CIDB (G1 hingga G7), memastikan penilaian adil dan relevan.

Actionable Insights Pandangan Yang Boleh Digunakan

Receive clear feedback and score breakdowns across multiple digital dimensions, identifying practical areas for growth. Menerima maklum balas yang jelas beserta pecahan skor dalam pelbagai dimensi digital, bagi mengenal pasti bidang yang boleh ditingkatkan.

National Benchmarking Pembandingan Tahap Nasional

Compare your maturity results with peers in your contractor category to understand where you stand nationally. Bandingkan keputusan kematangan digital anda dengan kontraktor lain dalam kategori yang sama untuk memahami kedudukan anda di peringkat nasional.

CDMI Objective CDMI Objektif

To determine the level of digital maturity of construction-related businesses.

Untuk menentukan tahap kematangan digital perniagaan berkaitan pembinaan.

To identify issues and challenges in digitalising the daily operations of construction-related businesses.

Untuk mengenal pasti isu dan cabaran dalam mendigitalisasikan operasi harian perniagaan berkaitan pembinaan.

To understand digitalisation priorities within the business.

Untuk memahami keutamaan pendigitalan dalam perniagaan.

To offer digital tools and solutions that align with your level of digital maturity.

Untuk menawarkan peralatan dan penyelesaian digital yang bersesuaian dengan tahap kematangan digital anda.

There are 4 thrusts in this survey and it will take approximately 6 minutes to complete.

Terdapat 4 teras dalam tinjauan ini, dan akan mengambil kira-kira 6 minit untuk diselesaikan.

Thrust 1 – People Teras 1 – People
This thrust evaluates the readiness and competency of an organisation’s workforce, including digital awareness, training, defined digital roles, and the culture of innovation that supports digital transformation in construction operations. Teras ini menilai tahap kesediaan dan kompetensi sumber manusia dalam organisasi, termasuk kesedaran digital, latihan, peranan digital yang diwujudkan serta budaya inovasi yang menyokong transformasi digital dalam operasi pembinaan.
Thrust 2 – Integrated Technologies Teras 2 – Integrated Technologies
This thrust measures the level of technology adoption and integration within the organisation, covering base systems, construction advancement systems, and advanced enterprise systems that enhance automation, digital collaboration, and operational efficiency. Teras ini menilai tahap penggunaan dan integrasi teknologi dalam organisasi, merangkumi sistem asas, sistem kemajuan pembinaan, serta sistem perusahaan lanjutan yang menyokong automasi, kolaborasi digital dan kecekapan operasi.
Thrust 3 – Governance Teras 3 – Governance
This thrust assesses the organisation’s digital governance structure, including digital policies, risk management practices, and security measures that ensure technology usage complies with standards, data protection requirements, and industry regulations. Teras ini menilai struktur tadbir urus digital organisasi, termasuk dasar digital, pengurusan risiko, dan langkah keselamatan yang memastikan penggunaan teknologi mematuhi standard, keselamatan data dan kawal selia industri.
Thrust 4 – Economy Teras 4 – Economy
This thrust evaluates the economic impact of digital transformation on the organisation, focusing on digital activities, operational performance, and future-readiness to ensure competitiveness and business sustainability. Teras ini menilai impak ekonomi transformasi digital organisasi melalui aktiviti digital, prestasi operasi, serta tahap kesiapsiagaan masa depan dalam memastikan perniagaan berdaya saing dan mampan.

CDMI Stage Model

Model Peringkat CDMI

Narrative Naratif
Champion & Capability Kepimpinan & Keupayaan
Business, Product & Services Urusan, Produk & Perkhidmatan

L5

Advantage

Digitalisation drives our strategy, products and provides us with competitive advantage. Pendigitalan memacu strategi dan produk kami, sekaligus memberikan kelebihan daya saing.
Champion at all levels, digitalisation capability is embedded and in-depth throughout the organisation. Terdapat pemimpin pemacu di semua peringkat, dan keupayaan pendigitalan telah tertanam secara menyeluruh dan mendalam di seluruh organisasi.
All products & services are driven by digitalisation and designed to be digital-ready for collaboration with other parties. Semua produk dan perkhidmatan dipacu oleh pendigitalan serta direka agar sedia untuk digitalisasi, memudahkan kolaborasi dengan pihak lain.

L4

Efficient

Beyond reporting, digitalisation is part of way we work and how we operate. Selain daripada pelaporan, pendigitalan kini menjadi sebahagian daripada cara kita bekerja dan mengendalikan operasi.
Champions throughout organisation and in core teams. Capability is scaling and less resilience on 3rd parties. Terdapat pemimpin pemacu di seluruh organisasi dan dalam pasukan teras. Keupayaan semakin berkembang dengan pergantungan yang lebih rendah terhadap pihak ketiga.
Non-digital product & services redesigned and experimenting for value and opportunity with new digital-ready products & services. Produk dan perkhidmatan bukan digital telah direka semula dan sedang diuji untuk mencipta nilai dan peluang, selari dengan pengenalan produk dan perkhidmatan baharu yang sedia untuk digitalisasi.

L3

Compliance

We implement digitalisation based on a reporting standard and requirement that is relevant to us. Kami melaksanakan pendigitalan berdasarkan piawaian dan keperluan pelaporan yang relevan dengan organisasi kami.
Top management is driving the initiative, while others are still being developed. Internal capabilities are growing, supported by third parties. Pengurusan atasan memacu inisiatif ini, manakala pihak lain masih dalam proses pembangunan. Keupayaan dalaman sedang berkembang dengan sokongan pihak ketiga.
BAU. Non-digital products & services made to be digital-ready while exploring new ideas on products and services. Keadaan berjalan seperti biasa (BAU). Produk dan perkhidmatan bukan digital sedang disediakan agar sedia untuk digitalisasi sambil meneroka idea baharu bagi produk dan perkhidmatan.

L2

Commitment

We have a statement of commitment and we want to implement. Kami mempunyai kenyataan komitmen dan berhasrat untuk melaksanakan-nya.
A few champions in the top management with rest scattered. Capability is incidental and self-developed. Beberapa peneraju di peringkat pengurusan atasan manakala selebihnya tersebar di seluruh organisasi. Keupayaan wujud secara insiden dan dibangunkan sendiri oleh individu.
BAU with some products or services is digital-ready. Keadaan berjalan seperti biasa (BAU) dengan beberapa produk atau perkhidmatan yang bersedia untuk digitalisasi.

L1

Awareness

I am aware of digitalisation, I see others doing it, but is it relevant to me? Saya sedar tentang Digitalisasi, melihat orang lain melakukannya, tetapi adakah ia relevan untuk saya?
Usually a few and scattered from different levels of the organisation. Very limited capability. Biasanya hanya beberapa individu yang tersebar di pelbagai peringkat organisasi. Keupayaan yang ada juga sangat terhad.
BAU. organisation may be unknowingly applying digitalisation in their work. Keadaan berjalan seperti biasa (BAU). Organisasi mungkin secara tidak sedar telah mengaplikasikan pendigitalan dalam tugasan harian mereka.

L0

Ignorance

I am totally unaware of digitalisation and it is Business as Usual (BAU). Saya masih belum mempunyai pengetahuan tentang pendigitalan, dan keadaan semasa berjalan seperti biasa (Business as Usual - BAU).
No champion nor intentional capability. Tiada kejayaan atau kemahiran yang dibina secara sengaja.
BAU. organisation may be unknowingly applying digitalisation in their work. Keadaan berjalan seperti biasa (BAU). Organisasi mungkin secara tidak sedar telah menerapkan pendigitalan dalam kerja harian mereka.

Frequently Asked Questions

Soalan Lazim

What is the CDMI? Apakah itu CDMI?

The Construction Digital Maturity Index is a digital tool developed by CIDB Malaysia to help contractors assess and improve their digital capabilities in line with Construction 4.0 principles.

Indeks Kematangan Digital Pembinaan (CDMI) ialah alat digital yang dibangunkan oleh CIDB Malaysia untuk membantu kontraktor menilai tahap kemahiran digital mereka dan mempertingkatkan keupayaan digital selaras dengan prinsip Pembinaan 4.0.

Why use CDMI? Mengapa menggunakan CDMI?

a) To determine the level of digital maturity of construction-related businesses.
b) To identify issues and challenges in digitalising the daily operations of construction-related businesses.
c) To understand digitalisation priorities within the business.
d) To offer digital tools and solutions that align with your level of digital maturity.

a) Untuk menentukan tahap kematangan digital perniagaan berkaitan pembinaan.
b) Untuk mengenal pasti isu dan cabaran dalam mendigitalisasikan operasi harianperniagaan berkaitan pembinaan.
c) Untuk memahami keutamaan pendigitalan dalam perniagaan.
d) Untuk menawarkan peralatan dan penyelesaian digital yang bersesuaian dengan tahap kematangan digital anda.

Who can use the CDMI platform? Siapakah yang boleh menggunakan platform CDMI?

The CDMI is designed for all CIDB-registered contractors, from G1 to G7, across various regions in Malaysia.

Platform CDMI terbuka kepada semua kontraktor berdaftar dengan CIDB, dari G1 hingga G7, merangkumi pelbagai kawasan di seluruh Malaysia.

How do I access the platform? Bagaimana cara untuk mengakses platform ini?

You can log in using your existing CIMS (Contractor Information Management System) credentials. No separate account is required.

Anda boleh log masuk menggunakan akaun sedia ada dalam CIMS (Sistem Pengurusan Maklumat Kontraktor). Tiada pendaftaran akaun baru diperlukan.

Is the assessment free? Adakah penilaian ini percuma?

Yes. CDMI is provided as a free initiative by CIDB to support nationwide digital transformation.

Ya. CDMI disediakan secara percuma oleh CIDB sebagai inisiatif untuk menyokong transformasi digital di seluruh negara.

Why the certificate validation period is two years? Mengapa tempoh sah sijil adalah dua tahun?

The two year period is set to allow CIDB sufficient time to conduct a comprehensive gap analysis and develop appropriate intervention programmes based on the digital needs of contractors.

Tempoh dua tahun ditetapkan bagi membolehkan Pihak CIDB menjalankan analisis jurang secara menyeluruh serta merangka program intervensi yang bersesuaian berdasarkan keperluan digital kontraktor.